Khamis, 17 Mac 2011

Kenali inflasi, kesan dan cara-cara mengatasi

Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi dan biasanya hal ini terjadi disebabkan kenaikan bekalan wang di dalam pasaran. Kadar inflasi biasanya di nilai daripada Index harga pengguna dan Index harga pengeluar. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan telah menyebabkan nilai ringgit semakin rendah. Lebih mudah untuk menerangkan tentang inflasi ialah keupayaan ringgit untut mendapatkan sesuatu perkhidmatan atau barangan. Sebagai contoh pada hari ini untuk 10kg beras harganya sekitar RM35 untuk 10kg beras. Namun demikian disebabkan inflasi di masa hadapan anda cuma dapat membeli 5-7kg beras sahaja pada nilai yang sama iaitu pada harga RM35. Ini jelas menunjukkan kekurangan keupayaan wang anda membeli barangan pada masa hadapan begitu juga apa yang  terjadi didalam penawaran perkhidmatan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan impak inflasi di dalam kewangan anda. Di sini saya ingin kongsikan 2 cara yang dapat mengurangkan impak inflasi di dalam kewangan anda.
1.      Melakukan pelaburan di dalam bentuk emas. Seperti yang kita sedia maklum, harga emas akan sentiasa meningkat hari hari demi hari. Dengan ini, kita dapat mengurangkan impak kehilangan upaya ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan pada masa hadapan.
2.      Melakukan pelaburan yang melebihi kadar inflasi. Terdapat berbagai-bagai kaedah melakukan pelaburan yang melebihi kadar inflasi antaranya pelaburan di dalam pasaran equiti, hartanah dan unit amanah. Walaupun di dalam pelaburan mempunyai resiko yang tertentu, namun dengan pembacaan dan bantuan daripada pihak yang mempunyai pengetahuan luas di dalam bidang pelaburan akan dapat mengurangkan resiko pelaburan anda. Cara yang paling mudah adalah dengan melabur di dalam unit amanah (anda boleh hubungi saya untuk mengetahuai mengenai pelaburan dalam bentuk unit amana) dalam jangka masa yang panjang dan melakukan pemurataan kos. Pemurataan kos akan dapat meningkatkan keuntungan dan pemurataan kos akan dapat mengurangkan resiko kerugian di dalam pelaburan anda. Perlu diingatkan bahawa simpanan di dalam peti simpanan tetap atau simpanan semasa tidak dapat mengatasi masalah inflasi kerana kadar pertumbuhan inflasi adalah sekitar 3-4% setiap tahun, namun kadar faedah di dalam tabungan tetap dan tabungan semasa Cuma sekitar 3-5% setiap tahun. Kadar ini tidak dapat mengatasi masalah inflasi bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar kerana kadar inflasi di kawasan bandar adalah lebih tinggi daripada kadar inflasi yang direkodkan. Untuk memahaminya, cuba anda bayangkan harga secawan kopi yang dijual di warung atau gerai makan di kawasan bandar dengan yang dijual di kawasan kampong-kampung. Adakah ianya mempunyai sama harga? Pasti dan amat pasti tidak.
Pokok pangkal bagaimana cara untuk mengatasi atau mengurangkan masalah inflasi adalah dengan cara melakukan pelaburan. Lebih baik bermula daripada sedikit dengan cara berhemah, berdisiplin dan berpengetahuan daripada hanya menunggu dan terus menunggu tanpa melakukan apa-apa proses permualaan dan melakukan pelaburan secara membabi buta sehinggakan terjebak di dalam skim cepat kaya atau penipuan.
Thousand mile start with the first step
*Untuk lebih memahami bagaimana pemurataan kos dikira, bagaimana pemurataan kos akan dapat meningkatkan keuntungan dan pemurataan kos akan dapat mengurangkan resiko kerugian di dalam pelaburan anda, saya akan kongsi teknik, rahsia dan kelebihannya di dalam post saya yang akan datang.

Rabu, 9 Mac 2011

Bagaimana Memilih Unit Amanah atau Mutual fund

Di dalam keadaan ekonomi yang semakin pesat membangun ini bilangan pelabur yang cuba mengambil peluang dalam melipatgandakan pelaburan semakin bertambah. Kepekaan masyarakat keatas keperluan mempunyai atau melakukan pelaburan juga semakin meningkat. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang dilakukan oleh pelabur-pelabur yang aktif. Minat di dalam pelaburan Unit amanah dan Mutual fund juga semakin meningkat di kalangan rakyat malaysia. Keterbukaan masyarkat Malaysia di dalam menerima Unit amanah atau mutual fund sebagai 1 kaedah pelaburan yang menguntungkan mula meningkat. Terdapat sesetengah pelabur memilih untuk melakukan pelaburan di dalam bidang yang aggressive (seperti pasaran saham), pertengahan, perlahan (lebih selamat seperti tabungan tetap dan bond) dan terdepat juga pelabur yang tersalah melakukan pelaburan di dalam bidang yang tidak mempunyai daya maju langsung.
Memilih kaedah yang terbaik di dalam melakukan pelaburan adalah sangat penting dan memerlukan kajian dan penelitian yang menyeluruh dan mendalam. Kegagalan dalam menganalisis mod pelaburan, mungkin membawa anda ke kehilangan keuntungan atau modal dan lebih buruk lagi jika ianya dapat merugikan anda di dalam jangka masa yang panjang.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh pelabur-pelabur yang masih muda di dalam industry ini dalam menentukan kaedah pelaburan yang sesuai dan bijak. Langkah-langkah yang mungkin ada perlu ambil sebelum melakukan pelaburan adalah seperti berikut:
·       Lakukan kajian serba sedikit mengenai latar belakang ke atas beberapa portfolio pelaburan yang berpotensi tinggi dan kenali pengurus dana kepada portfolio pelaburan tersebut.

·       Meminta/memohon bantuan daripada penasihat/perunding kewangan untuk memberikan penerangan secara peribadi kepada anda mengenai portfolio pelaburan berkenaan. Dengan ini, ianya dapat meningkatkan pemahaman anda mengenai portfolio pelaburan berkenaan dengan lebih mendalam dan terperinci. Biasanya perunding/penasihat kewangan mempunyai ilmu mengenai portfolio pelaburan berkenaan dan bersedia memberi nasihat mengenai pelaburan yang dibuat secara percuma kerana perunding kewangan/pelaburan akan mendapat komesyen daripada pihak-pihak tertentu berdasarkan bilangan pelaburan yang dibuat oleh anda.

·       Setelah membuat pelaburan, anda perlu memohon supaya penyata bulanan dihantar terus ke alamat rumah anda. Namun demikian, biasanya di Malaysia penyata pelaburan akan dihantar terus ke alamat rumah anda 6 bulan atau setahun sekali. Cuma di dalam kes-kes tertentu sahaja anda boleh meminta penyata pelaburan dihantar ke alamat rumah anda setiap bulan.

·       Merujuk kepada penyata pelaburan berkenaan, anda cuma perlu meneliti dengan terperinci mengenai harga pembelian, tarikh pembelian, unit pegangan pelaburan semasa dan jenis pelaburan yang dibuat. Dengan ini ada akan lebih prihatin dan sentiasa peka keatas keadaan semasa.

·       Berdasarkan kepada pengetahuan daripada portfolio pelaburan dan penyata pelaburan yang diperolehi, anda dapat menilai mengenai prestasi dan kesesuaian pelaburan yang dibuat berdasarkan matlamat yang anda tetapkan.
Perlu diingatkan dengan tegas bahawa unit amanah atau Mutual fund kebiasaannya memerlukan masa antara 3 hingga 5 tahun untuk membolehkan anda menilai prestasi unit amanah dan Mutual fund berkenaan. Bagi dana yang dilaburkan di dalam sector yang mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan dan pertengahan pula, biasanya ianya memerlukan masa 10 tahun bagi membolehkan anda dapat melihat potensi dan prestasi pelaburan yang dibuat keatas portfolio berkenaan.

Berdasarkan perkembangan semasa, unit amanah dan Mutual fund adalah kaedah yang terbaik dalam mengandakan wang anda buat masa sekarang. Resiko pelaburan adalah di tahap pertengahan dan pada masa-masa tertentu, pelabur dapat memperolehi keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dengan cara melabur di dalam portfolio pelaburan yang beresiko tinggi (konsep semakin tinggi resiko, semakin tinggi keuntungan digunapakai).
Setiap pelabur mempunyai kepelbagaian risiko pelaburan nya. Dengan melakukan pelaburan di dalam unit amanah atau mutual fund, pengurus dana telah mengkaji dan memnyediakan pelbagai kaedah dalam penangani resiko atau masalah yang mungkin timbul di masa hadapan. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan resiko kepada pelabur mempunyai pengetahuan yang rendah atau sederhana dalam menguruskan pelaburan yang dibuat mereka.

 An invesment in knowledge always pay the best interest. (Benjamin Franklin, 1706-1790)

Khamis, 3 Mac 2011

MENGAPA WUJUDNYA KURANG MINAT TENTANG PASARAN MODAL?


Dewasa ini, kita dapat lihat dengan ketara bahawa tidak ramai pelabur runcit yang membuat pelaburan walaupun indeks tingkat tinggi,  bilangan yang tersenarai secara keseluruhan harian tetap rendah iaitu 700000000-800000000.  Faktor utama mengapa tidak ramai pelabur melabur saat ini apabila mereka masih bimbang tentang pemulihan ekonomi yang dijangka perlahan.  Tambahan pula, kebanyakkan artikel daripada surat khabar, media dan para analisis pelaburan mengatakan bahawa ekonomi global berkemungkinan akan mengalami “dips ganda” atau tergelincir ke zaman kemelesetan sekali lagi.  Walaupun murah untuk saham linear yang rendah, tidak banyak pelabur yang menyedari nilai-nilai mereka.  Bagi mereka yang mungkin menyedari nilai-nilai, kebanyakan dari mereka tidak bersedia menyuntik dana segera ke pasaran saham.  Salah satu alasan utama adalah kebayakan dari mereka masih memegang saham berkualiti rendah dan saham-saham yang dijual pada 2008-09 adalah rendah.  Disebabkan oleh sikap pelabur yang tidak bersedia untuk memotong kerugian dan bimbang akan kehilangan lebih banyak wang di dalam pasaran saham, maka mereka lebih memilih untuk membiarkan situasi begitu sambil menunggu stok yang ada pulih dengan sendirinya.  Fenomena sedemikian digelar sebagai “snake-bite effect".  Namun begitu dalam kebanyakan kes, apabila harga saham-saham berkualiti rendah mulai pulih,  ini mungkin menunjukkan pasaran umum akhir terkini kerana sebahagian besar dana pengurus, pemilik syarikat dan peniaga berpengalaman akan mengambil peluang mencairkan saham mereka untuk pelabur runcit.
Selain itu,  terdapat juga beberapa pelabur sangat bimbang tentang isu-isu tadbir urus syarikat di beberapa syarikat awam Malaysia menjadi punca mengapa kurangnya minat terhadap pasaran yang mengakibatkan kebelakangan pelabur runcit cukup berhati-hati dalam melabur di syarikat baru.  Para pelabur runcit cukup prihatain atas krisis kewangan keatas beberapa Negara Eropah dimana mata wang euro lemah, petunjuk ekonomi AS lemah serta gelembung aset di China menyebabkan peyertaan pelabur runcit di pasaran termasuklah di Malaysia cukup rendah.  Minat membeli saham hanya akan kembali apabila pasaran saham global menunjukan tanda-tanda pemulihan. 
Antara lain mengapa pelabur tidak membeli saham adalah disebabkan oleh sebahagian besar pelabur runcit ini telah pun melaburkan sejumlah wang yang cukup besar dalam Unit Amanah seperti mana yang telah berlaku di sebahagian besar negara Negara maju. Walaupun mereka masih mempunyai beberapa tabungan untuk melabur secara langsung di pasaran,  tapi pelabur runcit lebih gemar menjaga kelebihan mereka di dalam tabungan deposit tetap daripada membeli saham secara langsung. Hal ini berlaku kerana masyarkat berpendapat pelaburan di dalam deposit tetap dikatakan dapat menjanjikan pulangan pada masa hadapan. Akibatnya, saiz dana yang diuruskan oleh syarikat Unit Amanah tumbuh lebih cepat setiap tahun.  Oleh sebab itulah kita akan dapat melihat harga saham untuk saham kegemaran fund manageratau saham tetutup yang dilakukan oleh penganalisis penyelidikan akan meningkatkan secara mendadak sedangkan prestasi syarikat yang diabaikan tetap rendah. Kecuali dalam kes-kes terpencil apabila pelabur pemegang saham kegemaran mengeluh tidak memperoleh untung dari pasaran umum. Seperti yang dinyataakan sebelum ini, kita masih mempunyai banyak saham linear kedua dan ketiga dengan fundamental yang kuat pada kadar yang rendah.  Pelabur digalakan untuk mebuat penyelidikan mereka sendiri untuk mencari dan mengenalpasti syarikat-syarikat. 
Namun demikian, untuk menceburi pasaran modal bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Hal ini kerana tanpa kajian yang menyeluruh dan keterbatasan masa seseorang individu untuk sentiasa mengemaskini mengenai pasaran modal mungkin akan membahayakan sistem kewangan peserta. Dalam kes ini, pelaburan di dalam Unit amanah adalah salah satu langkah yang dapat merendahkn resiko kerugian kewangan peserta kerana setiap syarikat yang menawarkan unit amanah mempunyai penganalisis pelaburan mereka dan mempunyai pengurus dana yang berkemahiran dan berpengalaman dalam mengatasi atau mengurangkan resiko mengalami kerugian di dalam keadaan ekonomi yang sukar diramal ini.

Rabu, 2 Mac 2011

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR?

Baru-baru ini saya ada terbaca di dalam blog seorang perunding kewangan muda dari negara jiran kita (Singapura) mengenai LANGKAH MELAKUKAN PELABURAN dengan cara mudah. Remaja ini berumur dalam lingkungan 20-an tetapi beliau lebih berjaya dari pensyarah-pensyarah beliau dan berstatus Jurtawan Muda. Saya terfikir.. kalaulah pelajar-pelajar universiti di malaysia ini boleh mencontohi beliau, saya percaya, tiada orang diluar sana yang akan berani mentertawakan dan memandang rendah siswazah IPTA kita..

Disini saya ingin berkongsi 1 tips yang saya copy teknik yang beliau lakukan dalam hidup dia dan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya. teknik dia mudah sahaja. Duit syiling + tabung. Pasti sesetengah pembaca pandang remeh kepada tabung bukan? tambah-tambah lagi tabung tin milo yang macam kita buat masa di tadika atau masa kanak-kanak dulu. Tapi sedarkah anda dengan hanya menabung syiling ke dalam tabung anda, anda dapat mengumpul sekurang-kuragnya RM50 sebulan. Ini maknanya anda dah boleh melabur sebanyak RM300 setahun (nampak sikit ja kan?? tapi sekurang-kurangnya ada jugak RM300 dari tak ada lansung seperti sekarang..hahaha). Tapi dengan cara yang dibuat oleh remaja ini, saya pasti anda semua dapat menabung dengan lebih daripada RM50 sebulan. Caranya mudah, setiap kali anda balik daripada tempat kerja, kedai, kuliah atau sebagainya, anda masukkan semua syiling yang ada didalam poket, beg tangan atau wallet anda kedalam tabung khas tersebut. Anda perlu berdisiplin dan jangan menipu diri sendiri dengan menggunakan duit yang anda tabungkan itu. (tak kan anda sanggup mencuri masa depan anda betul tak?). Setiap 2 @ 3 bulan sekali, bawa tabung anda itu dan bukak tabung itu di bank untuk menyimpan atau melabur duit berkenaan. Anda boleh cuba teknik ini selama satu tahun. Saya pasti anda akan terkejut dengan hasilnya..

SELAMAT MENCUBA....

Selasa, 1 Mac 2011

MEMEGANG PELABURAN UNTUK TEMPOH JANGKA PANJANG


Pemurataan Kos Ringgit Strategi Berkesan Ketika Pasaran Turun.

Perlu diingatkan kepada semua pembaca, untuk mendapat faedah yang maksimum, sesuatu pelaburan yang dibuat hendakkan dilakukan secara sistematik dan dan terancang. Tiada jalan singkat (shortcut) dalam mencapai kadar pulangan tinggi. Jika ada, saya dan anda perlu yakin dan percaya bahawa skim yang menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat adalah skim cepat kaya yang bila-bila masa sahaja dapat memusnahkan anda.  Pemurataan kos rinngit (RCA) atau juga dikenali sebagai Dollar Cost Averaging (DCA), adalah strategi yang agak berkesan ketika pasaran menurun atau pasaran meruap bagi pasaran jangka panjang kerana ianya membolehkan pelabur mencapai kos purata yang lebih rendah dan seterusnya  memberikan pulangan yang lebih tinggi apabila pasaran mengalami proses pemulihan.  Strategi ini memastikan anda membeli lebih banyak unit dalam sesuatu pelaburan ketika harganya rendah dan membeli kurang unit ketika harganya tinggi.  Strategi terus melaburkan sejumlah tetap wang semasa pasaran mengalami kejatuhan akan membolehkan pelabur mengumpul saham yang dibawah nilai sebenar. Pelabur yang memberi tumpuan kepada pelaburan jangka panjang berkemungkinan mencapai pulangan yang lebih baik memandangkan sifat pasaran saham itu sendiri yang mudah meruap, pelabur hendaklah fokus kepada langkah mengharungi kitaran pasaran dengan menetapkan tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang iaitu tiga hingga lima tahun.  Disamping itu, pelabur juga akan dapat menangani kesan kemeruapan pasaran ke atas pelaburan mereka dengan melabur sejumlah wang yang tetap pada tempoh yang tetap.  Apa yang dapat disimpulkan disini, pelabur yang berpengalaman mengetahui bahawa dalam jangka panjang pasaran menunjukkan daya tahan ketika krisis.  Selain itu, pelabur yang berdisiplin, melabur dengan bijak, pandai mengambil peluang dan memegang pelaburan yang pelbagai akan lebih yakin bahawa matlamat pelaburan mereka akan tercapai tambahan pula jika mereka tidak menjual pelaburan mereka dan terus mengamalkan RCA, mereka akan meminimumkan kerugian dan berkemungkinan mencapai pulangan yang positif.