Selasa, 1 Mac 2011

MEMEGANG PELABURAN UNTUK TEMPOH JANGKA PANJANG


Pemurataan Kos Ringgit Strategi Berkesan Ketika Pasaran Turun.

Perlu diingatkan kepada semua pembaca, untuk mendapat faedah yang maksimum, sesuatu pelaburan yang dibuat hendakkan dilakukan secara sistematik dan dan terancang. Tiada jalan singkat (shortcut) dalam mencapai kadar pulangan tinggi. Jika ada, saya dan anda perlu yakin dan percaya bahawa skim yang menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat adalah skim cepat kaya yang bila-bila masa sahaja dapat memusnahkan anda.  Pemurataan kos rinngit (RCA) atau juga dikenali sebagai Dollar Cost Averaging (DCA), adalah strategi yang agak berkesan ketika pasaran menurun atau pasaran meruap bagi pasaran jangka panjang kerana ianya membolehkan pelabur mencapai kos purata yang lebih rendah dan seterusnya  memberikan pulangan yang lebih tinggi apabila pasaran mengalami proses pemulihan.  Strategi ini memastikan anda membeli lebih banyak unit dalam sesuatu pelaburan ketika harganya rendah dan membeli kurang unit ketika harganya tinggi.  Strategi terus melaburkan sejumlah tetap wang semasa pasaran mengalami kejatuhan akan membolehkan pelabur mengumpul saham yang dibawah nilai sebenar. Pelabur yang memberi tumpuan kepada pelaburan jangka panjang berkemungkinan mencapai pulangan yang lebih baik memandangkan sifat pasaran saham itu sendiri yang mudah meruap, pelabur hendaklah fokus kepada langkah mengharungi kitaran pasaran dengan menetapkan tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang iaitu tiga hingga lima tahun.  Disamping itu, pelabur juga akan dapat menangani kesan kemeruapan pasaran ke atas pelaburan mereka dengan melabur sejumlah wang yang tetap pada tempoh yang tetap.  Apa yang dapat disimpulkan disini, pelabur yang berpengalaman mengetahui bahawa dalam jangka panjang pasaran menunjukkan daya tahan ketika krisis.  Selain itu, pelabur yang berdisiplin, melabur dengan bijak, pandai mengambil peluang dan memegang pelaburan yang pelbagai akan lebih yakin bahawa matlamat pelaburan mereka akan tercapai tambahan pula jika mereka tidak menjual pelaburan mereka dan terus mengamalkan RCA, mereka akan meminimumkan kerugian dan berkemungkinan mencapai pulangan yang positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan