Khamis, 17 Mac 2011

Kenali inflasi, kesan dan cara-cara mengatasi

Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi dan biasanya hal ini terjadi disebabkan kenaikan bekalan wang di dalam pasaran. Kadar inflasi biasanya di nilai daripada Index harga pengguna dan Index harga pengeluar. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan telah menyebabkan nilai ringgit semakin rendah. Lebih mudah untuk menerangkan tentang inflasi ialah keupayaan ringgit untut mendapatkan sesuatu perkhidmatan atau barangan. Sebagai contoh pada hari ini untuk 10kg beras harganya sekitar RM35 untuk 10kg beras. Namun demikian disebabkan inflasi di masa hadapan anda cuma dapat membeli 5-7kg beras sahaja pada nilai yang sama iaitu pada harga RM35. Ini jelas menunjukkan kekurangan keupayaan wang anda membeli barangan pada masa hadapan begitu juga apa yang  terjadi didalam penawaran perkhidmatan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan impak inflasi di dalam kewangan anda. Di sini saya ingin kongsikan 2 cara yang dapat mengurangkan impak inflasi di dalam kewangan anda.
1.      Melakukan pelaburan di dalam bentuk emas. Seperti yang kita sedia maklum, harga emas akan sentiasa meningkat hari hari demi hari. Dengan ini, kita dapat mengurangkan impak kehilangan upaya ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan pada masa hadapan.
2.      Melakukan pelaburan yang melebihi kadar inflasi. Terdapat berbagai-bagai kaedah melakukan pelaburan yang melebihi kadar inflasi antaranya pelaburan di dalam pasaran equiti, hartanah dan unit amanah. Walaupun di dalam pelaburan mempunyai resiko yang tertentu, namun dengan pembacaan dan bantuan daripada pihak yang mempunyai pengetahuan luas di dalam bidang pelaburan akan dapat mengurangkan resiko pelaburan anda. Cara yang paling mudah adalah dengan melabur di dalam unit amanah (anda boleh hubungi saya untuk mengetahuai mengenai pelaburan dalam bentuk unit amana) dalam jangka masa yang panjang dan melakukan pemurataan kos. Pemurataan kos akan dapat meningkatkan keuntungan dan pemurataan kos akan dapat mengurangkan resiko kerugian di dalam pelaburan anda. Perlu diingatkan bahawa simpanan di dalam peti simpanan tetap atau simpanan semasa tidak dapat mengatasi masalah inflasi kerana kadar pertumbuhan inflasi adalah sekitar 3-4% setiap tahun, namun kadar faedah di dalam tabungan tetap dan tabungan semasa Cuma sekitar 3-5% setiap tahun. Kadar ini tidak dapat mengatasi masalah inflasi bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar kerana kadar inflasi di kawasan bandar adalah lebih tinggi daripada kadar inflasi yang direkodkan. Untuk memahaminya, cuba anda bayangkan harga secawan kopi yang dijual di warung atau gerai makan di kawasan bandar dengan yang dijual di kawasan kampong-kampung. Adakah ianya mempunyai sama harga? Pasti dan amat pasti tidak.
Pokok pangkal bagaimana cara untuk mengatasi atau mengurangkan masalah inflasi adalah dengan cara melakukan pelaburan. Lebih baik bermula daripada sedikit dengan cara berhemah, berdisiplin dan berpengetahuan daripada hanya menunggu dan terus menunggu tanpa melakukan apa-apa proses permualaan dan melakukan pelaburan secara membabi buta sehinggakan terjebak di dalam skim cepat kaya atau penipuan.
Thousand mile start with the first step
*Untuk lebih memahami bagaimana pemurataan kos dikira, bagaimana pemurataan kos akan dapat meningkatkan keuntungan dan pemurataan kos akan dapat mengurangkan resiko kerugian di dalam pelaburan anda, saya akan kongsi teknik, rahsia dan kelebihannya di dalam post saya yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan