Rabu, 9 Mac 2011

Bagaimana Memilih Unit Amanah atau Mutual fund

Di dalam keadaan ekonomi yang semakin pesat membangun ini bilangan pelabur yang cuba mengambil peluang dalam melipatgandakan pelaburan semakin bertambah. Kepekaan masyarakat keatas keperluan mempunyai atau melakukan pelaburan juga semakin meningkat. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang dilakukan oleh pelabur-pelabur yang aktif. Minat di dalam pelaburan Unit amanah dan Mutual fund juga semakin meningkat di kalangan rakyat malaysia. Keterbukaan masyarkat Malaysia di dalam menerima Unit amanah atau mutual fund sebagai 1 kaedah pelaburan yang menguntungkan mula meningkat. Terdapat sesetengah pelabur memilih untuk melakukan pelaburan di dalam bidang yang aggressive (seperti pasaran saham), pertengahan, perlahan (lebih selamat seperti tabungan tetap dan bond) dan terdepat juga pelabur yang tersalah melakukan pelaburan di dalam bidang yang tidak mempunyai daya maju langsung.
Memilih kaedah yang terbaik di dalam melakukan pelaburan adalah sangat penting dan memerlukan kajian dan penelitian yang menyeluruh dan mendalam. Kegagalan dalam menganalisis mod pelaburan, mungkin membawa anda ke kehilangan keuntungan atau modal dan lebih buruk lagi jika ianya dapat merugikan anda di dalam jangka masa yang panjang.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh pelabur-pelabur yang masih muda di dalam industry ini dalam menentukan kaedah pelaburan yang sesuai dan bijak. Langkah-langkah yang mungkin ada perlu ambil sebelum melakukan pelaburan adalah seperti berikut:
·       Lakukan kajian serba sedikit mengenai latar belakang ke atas beberapa portfolio pelaburan yang berpotensi tinggi dan kenali pengurus dana kepada portfolio pelaburan tersebut.

·       Meminta/memohon bantuan daripada penasihat/perunding kewangan untuk memberikan penerangan secara peribadi kepada anda mengenai portfolio pelaburan berkenaan. Dengan ini, ianya dapat meningkatkan pemahaman anda mengenai portfolio pelaburan berkenaan dengan lebih mendalam dan terperinci. Biasanya perunding/penasihat kewangan mempunyai ilmu mengenai portfolio pelaburan berkenaan dan bersedia memberi nasihat mengenai pelaburan yang dibuat secara percuma kerana perunding kewangan/pelaburan akan mendapat komesyen daripada pihak-pihak tertentu berdasarkan bilangan pelaburan yang dibuat oleh anda.

·       Setelah membuat pelaburan, anda perlu memohon supaya penyata bulanan dihantar terus ke alamat rumah anda. Namun demikian, biasanya di Malaysia penyata pelaburan akan dihantar terus ke alamat rumah anda 6 bulan atau setahun sekali. Cuma di dalam kes-kes tertentu sahaja anda boleh meminta penyata pelaburan dihantar ke alamat rumah anda setiap bulan.

·       Merujuk kepada penyata pelaburan berkenaan, anda cuma perlu meneliti dengan terperinci mengenai harga pembelian, tarikh pembelian, unit pegangan pelaburan semasa dan jenis pelaburan yang dibuat. Dengan ini ada akan lebih prihatin dan sentiasa peka keatas keadaan semasa.

·       Berdasarkan kepada pengetahuan daripada portfolio pelaburan dan penyata pelaburan yang diperolehi, anda dapat menilai mengenai prestasi dan kesesuaian pelaburan yang dibuat berdasarkan matlamat yang anda tetapkan.
Perlu diingatkan dengan tegas bahawa unit amanah atau Mutual fund kebiasaannya memerlukan masa antara 3 hingga 5 tahun untuk membolehkan anda menilai prestasi unit amanah dan Mutual fund berkenaan. Bagi dana yang dilaburkan di dalam sector yang mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan dan pertengahan pula, biasanya ianya memerlukan masa 10 tahun bagi membolehkan anda dapat melihat potensi dan prestasi pelaburan yang dibuat keatas portfolio berkenaan.

Berdasarkan perkembangan semasa, unit amanah dan Mutual fund adalah kaedah yang terbaik dalam mengandakan wang anda buat masa sekarang. Resiko pelaburan adalah di tahap pertengahan dan pada masa-masa tertentu, pelabur dapat memperolehi keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dengan cara melabur di dalam portfolio pelaburan yang beresiko tinggi (konsep semakin tinggi resiko, semakin tinggi keuntungan digunapakai).
Setiap pelabur mempunyai kepelbagaian risiko pelaburan nya. Dengan melakukan pelaburan di dalam unit amanah atau mutual fund, pengurus dana telah mengkaji dan memnyediakan pelbagai kaedah dalam penangani resiko atau masalah yang mungkin timbul di masa hadapan. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan resiko kepada pelabur mempunyai pengetahuan yang rendah atau sederhana dalam menguruskan pelaburan yang dibuat mereka.

 An invesment in knowledge always pay the best interest. (Benjamin Franklin, 1706-1790)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan